Sunday, January 11, 2015

REVIEW PREGNANCY CHECK UP IN TAWAU

*UPDATED MARCH 2019*

Okaylah..since aku hari2 complain(dalam hati) bila google for info untuk stuff in Tawau ni macam tak berapa nak ada. Aku buat keputusan apa salahnya aku yang mula dulu. Lagi pun aku ni cepat lupa semenjak dua menjak ni. So kena tulis la kat mana-mana sebagai kenangan.

Back to the topic. I am currently 30 weeks pregnant. Which means in about 2 weeks lagi insyaallah I'd be 8 month preggy which is the last stretch of pregnancy yang berkadar linear dengan tahap kecuakkan aku..eheh.

So far aku check up and scan baby merata-rata jugak la depends on masa and di mana aku berada masa tu. For routine check up i chose government clinic which is Klinik Desa Tg. Batu Darat, sebab bagi aku dia more thorough and sistematik (and opkos free). Cuma problem untuk aku, sebab appointment time die strict kena ikut time diorang and masa menunggu agak panjang. Pastu kadang-kadang dapat doc lelaki, so macam we as Muslims should avoid lah kan - kalau mampu.

Okay, so aku list la tempat-tempat antenatal checkup yang aku pernah gi kat Tawau ni from the beginning :

1. Klinik Dr. Anina, Belakang Pasar Tawau

I went to this clinic atas reccomendation mommies2 ofis masa ni baru sebulan duduk Tawau masuk bandar pun sesat barat lagi. Aku gi sini untuk confirmkan pregnancy aku yang masa tu 5 weeks baru (padahal da terang-terang sampai dua stick aku test ada double line..heheh) 

So, masa aku pergi memang Dr. Anina yang jaga. In terms of ultrasound equipment dia memang tiptop and nampak macam state of the art. Why the word 'nampak'? Sebab aku bukanlah pakar sonographer untuk tau menda alah tu latest ke tidak..hehe. Caj dia masa tu around rm80 i think skali dengan vitamins and whatnots.

Dari segi interaction pulak, aku rasa biasa2 je la sebab maybe tak ada apa sangat doc nak explain kot awal2 pregnancy. But masa tu i kinda wished she advised me more and cakap tahniah ke ape ke macam dalam drama tv3 petang-petang tu..tapi die macam boring je nak layan aku..haha.. kbai berangan. 

Aku pergi sekali je check-up kat sini. Sebab apa? Klinik ni sangat la popular di kalangan mommies bawa anak-anak kalau lambat penuh dia da macam klinik kerajaan dah masa 2nd time aku datang. The 2nd time datang tu around pukul 11am dia dah suruh datang petang. And nak cari parking area tu punyalah hazab. Oleh kerana masa adalah emas, dan aku sedih emas aku terbazir just like that on that day,aku tak datang dah kat sini setakat ini.

By the way, Klinik Dr. Anina ni ada 3 cawangan. Satu kat Hotspring and lagi satu kat Jalan Abaca. Aku pernah pergi cawangan kat Hotspring doc nye lelaki so tak jadi jugak pergi sana.

2. Klinik Martati, Tawau

Dah nak masuk 12th week baru lah aku pergi scan lagi sekali nak tengok keadaan anakanda ku buat kali kedua. Serius busy gila and masa ni aku banyak travel and 2 kali naik flight balik semanjung and back here.

Total of times aku datang sini, 2 kali setakat ni..scan masa 12th week and 20th week. Chewah, aku ni memang ikut milestsones aje. Org lain scan sampai tiap-tiap minggu. Sorry baby, mummy bukan tak nak selalu tengok awak tapi mummy ni traveller. Tak banyak masa nak memanjang jumpe doc.11 flight dah mummy bawak awak so far. I hope you're doing just fine, dengan izin Allah.

Dekat sini, for me Dr. Martati ni memang besh and baik la..senyum and dia macam turut happy sama2 dgn kita bila cerita pasal pregnancy milestones kita. Cuma location wise - susah parking and no offense, tapi klinik ni macam suram sikit and a bit on the old side. Tapi aku okay je la gi sini, cost around rm30 - 60 kot scan and checkup basic.

3. Klinik & Surgeri Dr. Norliadi, Taman Univilla, Tawau

Okay sini aku tak pernah check up baby actually. Check up diri sendiri je masa 1st trimester pasal Hyperemesis Gravidarum aku tu. This clinic yang paling dekat dengan rumah and ease of access terbaik. Parking senang and klinik ni ada aura baru. Aku tak tau dia bukak since bila.

Sini tak silap ada scan 3d/4d gak for baby and dr. Norliadi ni sangat peramah and baik and tak lokek with the explaination. Lokek MC maybe ;p And ramai jugak ibu2 bawak anak datang sini, aku tengok. So, insyaallah once Ickle One is born, leh la kot bawa dia datang sini for anything.

The one and only downside, Dr. Norliadi ni is a man.. so aku tak comfortable untuk scan bagai di sini. Kalau u olls jenis tak kisah, no problemo.

4. Putra Medical, Bandar Tawau

This one is the latest clinic aku pegi before cuti panjang end of year haritu and nak dapatkan surat untuk naik flight coz aku dah almost 28 weeks time tu. Saja nak try sebab nampak cam sangat professional dari luar. Haha. Alasan cenggitu pun boleh.

Resident doc kat sini female, Dr. Suriany tak silap nama dia, so one box of preference checked. Dari segi equipment and layanan pun sekali ni aku pergi memang best. The doc pun explain macam2 which is a plus point untuk orang berat mulut macam aku ni. Scan je xsilap aku kena rm60 cmtu..a bit on the expensive side.. tapi gambar scan dapat sampai 3 and dia scan heartbeat baby skali :)

Other than that aku tak leh cerita sangat sebab baru sekali berjaya pergi. But di kalangan kawan2 opis memang popular la klinik ni cuma malam and weekends selalunya bukan doc ni yang jaga. Usually ada doc lelaki. Itu yang aku dua tiga kali pergi tak jadi scan kat sini. So, before register, you should ask.

The downside plak, sini parking pun sama susah macam Klinik Anina. Sebagai kesimpulan aku boring ekceli fikir pasal kesesakkan parking kalah kl in tawau ni..zzzzz..eh, terkeluar topik. heheh.

--------------------------------------------------------

Okaylah, so far that's the 4 private clinics i went to sepanjang preggie kat sini. Nak harap pergi klinik atas sebab selain pregnant memang dari dulu jarang sesangat2. I'll update should there be any changes. Haha. Macam lama lagi je ape skang nak jadi orang Tawau.

Take note also ni personal oppinion. Lain orang lain preference kan..just sharing yeee..

UPDATE

K..so aku decide untuk update lagi post ni sebab ni antara post paling banyak view untuk blog yang dah mati ni..hehe. But I'm glad dapat tolong orang yang google benda2 ni..

Untuk pengetahuan skang dah nak masuk anak ke 3 dah pun kat Tawau ni. Kengkonon dari anak sulung lagi aku cakap nak pindah kan..hahaha..Aku masih setia pregnancy checkup utama aku kat gov clinic. Semenjak da pindah ni aku dah check up kat KKIA Kubota tu. Tapi aku ada favourite Private Clinic yang baru..

5. I-Care Clinic, Batu 3,Tawau

Sini resident doctor dia is Dr. Hannah Wong. Aku suka gi sini sebab parking tak sesak almost always senang je..Clinic pun tak sesak and sgt tenang. Anak2 pun kalo demam aku bawak dtg sini je. Scan tahun 2019 ni i think was rm80. Lupa nak tgk details sebab aritu sekali dengan vitamins was RM100. Aku ada gak threatened miscarriage masa awal pregnancy and Doc Hannah ni sangat2 understanding and aku suka cara dia bercakap dgn aku. Kena cucuk kat butt masa theratened misscarriage tu tapi sbb dia sembang2 and make light of things aku pun xjadi nak sedih2 sangat. Alhamdulillah baby still okay till now.. Aku notice orang punya search word 3d/4d scan baby in tawau kan. Tapi I Care pun xde benda tu. Tapi tu la..aku buat detailed Scan ni bila dah 3 rd tri and aku buat dgn pakar la more to utk detect any abnormalities dari saja je nak tengok muka. And opkos aku buat kat semenanjung sebab aku selalu balik and sana mmg bsepah 3d/4d ni..just take ur pick.

Kalau u guys ada any reccomendations or suggestions mana2 lagi Private Clinic yg offer 3d/4d and best untuk pregnancy checkup kat Tawau ni please leave a comment. Boleh la bantu2 juga Mommies2 lain yang mencari kan.

Till then, Assalamu'alaikum and ciao.

Monday, December 15, 2014

TO LOVE AND TO HOLD, TILL DEATH DO US PART

Title is a western marriage vow. Most probably tiada kaitan langsung dengan entry. Heh. I was thinking of an informative blogpost. A recipe, a review or something. Tapi malas nak fikir. I just needed to write.

Today marks the 6th month I've worked here in Tawau. No closer to feeling at home and at ease yet. I blame in on the pregnancy hormones though ;p

What i could tell you I've learned though, online information for finding stuff or places here in Tawau are still way left behind. I was so used to just googling everything that it sometimes frustrates me not to be able to do the same here. Bloggers pun maybe tak ramai kot kat sini. Most establishments kat sini don't even own an FB page.

Well, i might be picking on small irrelevant issues there. Not complaining. But still thinking on what to do. Maybe after the baby I'd update infos and tips here if I have the energy and time.

For now though, I'm just missing home.. where there are Big Bad Wolf Book Sale and Baby Expos..hahah..cuti and tiket semua tak kena time expo best2..

Assalamu'alaikum. Till we meet again =)

Friday, October 17, 2014

MY BLOGGER DASHBOARD

Scroll blogger timeline saya. Or whatever it is called. Macam tak meriah macam dulu. Nak kata tak banyak follow blog..hmm..i used to blogwalk a lot back in the days. So try la bukak balik blog-blog yang i follow dulu.

Oh.

Ramai dah senyap. Dulu memang saya banyak follow yang seangkatan, umur sebaya-sebaya. And they sort of quit blogging after marriage and kids.

Oh.

Tu je la nak cerita. And most probably i would disappear from here too? haha..not to say saya rajin sangat menaip kat sini. Tapi dalam setahun tu mesti ada 2,3 post kan? (kecuali 2013 ada satu je..haha..one of my busiest year trying to build a career which i totally forget about in 2014..kroh)

Oh. Okbai.

Sunday, July 20, 2014

TRAVEL QUOTE





"We travel, initially, to lose ourselves; and we travel, next to find ourselves. 

We travel to open our hearts and eyes and learn more about the world 
than our newspapers will accommodate. 

We travel to bring what little we can, in our ignorance and knowledge, 
to those parts of the globe whose riches are differently dispersed. 

And we travel, in essence, to become young fools again- 
to slow time down and get taken in, and fall in love once more." 


Pico Iyer

Wednesday, July 2, 2014

PUASA DI TAWAU

Sebagai seorang newly-wed perantau di tempat asing yang cost of living agak tinggi nak banding Sabak Bernam, haruslah langkah penjimatan kronik bermula.

The thing is, we spent so much on the wedding and nak mulakan hidup baru where almost semua benda kena beli lain since tak boleh bawa most things dari kehidupan lalu dek kerana perlu merentas lautan. Datang Tawau pula, it turns out a meal for two kat restoran biasa2 pun almost rm20. Sheesh. This is not complaining, this is just stating a fact. Elaun kerja tinggi = cost of living tinggi.

So, about two weeks duduk sini before Ramadhan we ate out. First week sebab tak dapat rumah sewa lagi (rumah kat sini juga mahal. almost like pinggiran kl dah range dia). 2nd week sebab tak ada rice cooker and dapur lagi. Eceh..macam banyak alasan pulak ;p And jadi kesian kat husband sebab dia habis duit kat makan banyak sangat padahal yours truly ni sokmo tak habis makan-patutla-kurus-cikeding-sepak-terpelanting. So the solution memang kena masak and makan dirumah sekerap mungkin. And Alhamdulillah, sampai 5th day Ramadhan masih belum beli lagi lauk berbuka. Yeay!

After the 2nd week, nasib baik ada kawan husband nak jual dapur and tong gas. And bermurah hati lagi pinjamkan rice cooker, sementara kami tunggu hadiah-hadiah kahwin sampai dari Semenanjung (dah lebih sebulan. Kapal delay..sobs) Maka bermula episod main masak-masak dengan husband :)) I say this sebab beliau sangat rajin masuk dapur and laju je bila bab nak masak-masak ni. Alhamdulillah. Panggil 'beliau' sebab macam geli je nak guna panggilan manja di khalayak ramai. Mihmihmih~ 

So balik kerja around 5pm sampai rumah terus kami lumba-lumba masuk dapur and usually by 6pm siap. Which leaves us aroud 20 minutes before Maghrib. Another thing to get used to here, sahur pkul 4pagi and berbuka around 6.20pm. Bangun nak prepare sahur pukul 3 pagi ++. And nak kena solat subuh before 6am. Pegi kerja around 7am da kena gerak. But that's another story la. This blogpost is about Puasa in Tawau la Didil!. 

Here's some pictures just in case one day gambar-gambar ni hilang due to unforeseen circumstances. Kenangan Ramadhan pertama bersama suami di Tawau, Sabah. I love pictures and memories :)


1 Ramadhan : Ayam Bakar with Air Asam and Sayur Air
Model tetap saya ;p

2nd Ramadhan : Ikan Kerisi Bakar (hangus and pecah2 sikit sebab main balut je pakai aluminium foil bakar atas dapur..hahahaha) + Air Asam + Kangkung Udang Kering

3rd Ramadhan : Asam Pedas Kerisi + Kangkung Goreng

4th Ramadhan : Kerapu 3 rasa + Kangkung Masak Kicap (kangkung lagiiiiii..haha..beli setimbun da macam 10 orang nak makan..gasak lak nak menghabiskan)

Husband ku sedang makan kurma itu sunnah untuk berbuka. Kurma Yussof Taiyob yang sedap.
Why suddenly rajin update blog? Sebab saya tak nak lupakan kenangan mula-mula hidup di Sabah ni..hee.. Okbai. Assalamu'alaikum.