Sunday, December 5, 2010

Netball A.K.A Bola Jaring

Dah lama tak main netball. Dah lama as in dah 5tahun kot tak beria2 lari tengah panas sambil mengejar sebijik bola(sambil disondol2 oleh team musuh) lepas tu bagi kat member yang akan masukkan dalam sebuah jaring tersangkut pada sebatang tiang. Kemudian kita ramai2 cheer, memberi sokongan kepada shooter yang hebat. Kalau tak hebat lain pula cerita.

Cerita ini pasal training netball sempena Mini Olimpik KKHS 2010. Nama sangat gempak, menyebabkan saya rasa macam nak wakil negara pun ada. Oleh kerana terlalu gempak, kami telah merancang practice dengan gigih dan intensif selama tidak kurang daripada seminggu (hanya dari pukul 5 hingga 6.30- sbb kekangan kerja dan masalah komuniti futsal yang kurang memberi kerjasama..kami nak lawan olimpik tahu tak!). Dengan berbekalkan coach terbaik yang diberi nama Cik Qist dan Cik Ija, kami merangka strategi paling berkesan demi menjulang nama kolej di mata dunia..eh, di mata jabatan kolej komuniti je sudaaaa..


Pada hari pertama, saya dan rakan2 seperjuangan (Cik Ana n Cik Atie) telah memastikan segala kelengkapan training telah disediakan. Ini bagi memastikan training peringkat olimpik ini berjalan dengan jayanya. Professional itu harus. Kami tak mahu kejayaan itu terhalang hanya disebabkan kekurangan infrastruktur.

Announcement dah buat, bola dah ambil dan make sure semua mantap dan berangin, court dah book(dalam hati), bib dah ambik n make sure takde yang koyak...pendek kata segalanya ada disini bagi memajukan sukan untuk negara. Lagipun panjang pulak kata, tiada lagi alasan untuk tidak berjaya.

So, tepat jam 5 saya pun punch out kerja and gi solat. Tukar baju kerja segala and pecut slaju yang mungkin dengan kuasa kuda 660cc ke tempat training yang diannouncekan pada para player2. Saya pun tunggu di court tersebut dengan gembiranya...

Dan tunggu lagi....5:55PM



Dan tungguuuuuuu...6:15PM

Dan akhirnya Cik Atie decide untuk bermain bola jaring versi futsal..




TERRRRBAEKKKKK!!!

p/s:thanx to Cik Su, sebab acap kali memberi motivasi setiap kali kami tiba ke dewan tun razak dengan muka penuh khampaan dan kekecewaan

p/s/s: mini olimpik tu sukan untuk student2 ye..bukan untuk pensyarah pon.sekian.



4 comments:

Ana Syazwana said...

terbaekkkkkkkkkkkkkkkkkk

Dilla Dwan said...

uish, kite semua mmg terbaekkkkkk!=DD

Ana Syazwana said...

cam sronok je jd ckgu kt kksb...;p

Dilla Dwan said...

seronok kan.time student xde kijenye update blog T_T