Okie, as usual..my shortcourse mesti recepi yang sedap n senang menggunakan bahan-bahan yang saya suka (eg: chocolate, whipped cream, cream cheese and so on). Dessert yang sangat complete, cukup lemak manis masamnye. Strawberry + whipped cream + digestives = A match made in heaven =)
BAHAN :
Strawberry – 500g
Whipping Cream – 3 cawan
Gula Kastor – 50g
Esen Vanila – 1 sudu teh
Biskut Digestives (MCvities Original) – 1 peket
(400g)
Untuk hiasan :
Coklat masakan – 60g
Whipping Cream – ¼ cawan (60ml)
CARA – CARA :
1.
Ketepikan beberapa biji strawberry (7-8 biji)
untuk dijadikan sebagai hiasan di atas kek nanti. Bersihkan strawberry dan
hiris menjadi kepingan nipis.
2.
Pukul 3 cawan Whipping Cream sehingga cukup
kembang. Masukkan gula kastor dan esen vanilla dan pukul sehingga sebati.
3.
Ratakan sedikit whipping cream yang telah
dipukul tadi pada dasar bekas.
4.
Pecahkan biskut digestive menjadi beberapa
kepingan dan letakkan diatas whipping cream tadi bagi membentuk lapisan
pertama.
5.
Ratakan lagi sedikit whipping cream di atas
lapisan biskut tadi.
6.
Seterusnya susun hirisan strawberry di atas bagi
membentuk lapisan seterusnya.
7.
Ulangi lagi langkah-langkah di atas sehingga mendapat
lebih kurang 3 lapisan.
8.
Lapisan terakhir adalah lapisan whipping cream.
9.
Bagi hiasan, susun strawberry yang telah
diketepikan tadi di atas.
10.
Hiris coklat tadi menjadi kepingan nipis.
11.
Panaskan baki whipping cream sehingga sedikit
berbuih dan tuang di atas hirisan coklat tadi. Kacau sehingga sebati dan letak
sedikit sebagai hiasan mengikut kreativiti.
12.
Simpan didalam peti sejuk selama
sekurang-kurangnya 4 jam atau sehingga biskutnya lembut.
No comments:
Post a Comment