Tuesday, October 30, 2012

MEAT LOAF or LOF DAGING

Meat loaf..or the direct translation would be Buku Daging?? haha..geddit? *krik krik*

Fine.

Untuk kursus pendek kali ini saya kena ajar student post PMR from SAMT Muhammadiah yang ayu dan muslimah solehah semuanya. Sangat sweet adik-adik itu. Dan resepi ni sebenarnya datang dari Cik Atie yang suppose to ajar. Tapi disebabkan dia suddenly kena pergi meeting, so saya yang berkaki lebar terpaksa ambil alih secara adhoc. Yikes. But, Alhamdulillah things ended well =)

So..Here you go.


Bahan-bahan :

Daging kisar -2 paket jenama Ramli (800g)
Serbuk roti putih - 50g
Telur Putih - 2 biji
Puri Tomato -1 sudu besar
Lada Sulah - 3 sudu kecil
Garam -1 sudu kecil
Parsley/Oregano/Thymes - 1/2 sudu kecil
Bawang Merah kecil - 2 biji
Kiub Daging - 1 sudu kecil
Mozarella Cheese - 200g

Kaedah :

1.     Sapukan mentega pada acuan @ letak kertas minyak
2.     Gaulkan daging kisar, serbuk roti, telur, puri tomato,lada sulah, garam, herba, kiub dan bawang.
3.     Masukkan adunan kedalam acuan. Isi sehingga separuh daripada acuan.
4.     Tutup acuan dengan aluminium foil.
5.     Bakar dalam oven pada suhu 180oc selama 30 minit.
6.     Selepas 30 minit, buka penutup aluminium dan taburkan cheese. Kemudian bakar selama 30 minit lagi sehingga bahagian atas lof berwarna perang.
7.     Sejukkan lof selama 5 minit sebelum dihidangkan.

SELAMAT MENCUBA.



adik-adik yang eksaited gaul daging =D
meatloaf signing.hehe.
sebelum masuk oven. gambar keluar oven tiada. maaf.
That is all. Thanx for reading! =)


No comments: