Wednesday, December 15, 2010

suhalil nak kawin




8hb Januari 2011 ni suhalil from unit sks nak kawin with his sweetheart, farah nadiah.

taniah suhalil. kad ko tu cantik, bro (sebab warna pepel)

tak sabar nak konvoi ramai2 g kajang =)


........................................................................



*moga kekal ke anak cucu*

........................................................................








Sunday, December 12, 2010

Tiada Alasan untuk Tidak Bersukan


Kat kolej ni kan ada sebuah gymnasium. so memang tak ada alasan untuk tidak bersukan.

segala kemudahan disediakan okie.

gym tu terletak tak jauh. hujung blok b, tingkat 2.mintak kunci dengan pegawai sukan, cik irma nama die. dia baik.don't worry.senang je dia bagi kunci.kot.

kan. tiada alasan untuk tidak bersukan.

dalam stor hujung gym tu pula ada basikal. jangan main2. basikal brand proton okie. best gile. helmet ada. first aid kit ada.dari segi keselamatan amat terjamin.

kan. so, tiada alasan untuk tidak bersukan.

pada suatu hari. saya dan rakan-rakan pergi main ping pong disana. sungguh besh kot. kami ke sana sempena nak simpan peralatan2 sukan yang kami pinjam masa mini olimpik kkhs tempoh hari. seronok lah main ping pong dengan kawan2. bersukan ni mengeratkan sillaturrahim kan? seronok juga lah.tempat tu sunyi. memang tenang kami bergelak ketawa sebab main pingpong pakai baju kurung.

kan. so, tiada alasan untuk bersukan.

tapi sekarang saya dah ada alasan yang kukuh untuk tidak bersukan.sekian.


*patutlah tak ada orang lepak gym tu lama2 especially time nak dekat maghrib..gym tu kat hujung dunia. sebelah tu ada lab analisis yang sudah lama tidak berpenghuni. seolah tidak terusik.faham-faham je lah kawasan jarang dikunjungi.ada lah yang lain yang berkunjung.


*jangan biarkan hidup anda diselubungi misteri*


Monday, December 6, 2010

1432 H..



Salam Maal Hijrah. It is now a whole new year. Unbelievable..T_T

Students pon mostly dah start cuti. So adakah pada waktu2 seperti ini seorang lecturer boleh mulakan cuti-cuti Malaysia mereka tanpa sebarang perasaan bersalah?

Oh tidak sama sekali!

Dulu saya pon ingat yang lecturer ni macam cikgu juga kerjanya. Cuti sekolah, cikgu pon cuti sama. Yup, saya ignorant betul kan. Pensyarah ni kerjanya office hours 8-5pm juga basicly. Masa cuti semester still have to kerja. For the time being, saya pun masih belum pasti kerja yang macam mana harus dibuat bile 'kerja2' kami sudah pulang ke kampung halaman masing2.

But hari ini cuti..boleh lah rehat2 di rumah masak cekodok bersama Cik Ana =)


*cekodok hensem*

Esok kerja semula dengan penuh semangat!

Sunday, December 5, 2010

Netball A.K.A Bola Jaring

Dah lama tak main netball. Dah lama as in dah 5tahun kot tak beria2 lari tengah panas sambil mengejar sebijik bola(sambil disondol2 oleh team musuh) lepas tu bagi kat member yang akan masukkan dalam sebuah jaring tersangkut pada sebatang tiang. Kemudian kita ramai2 cheer, memberi sokongan kepada shooter yang hebat. Kalau tak hebat lain pula cerita.

Cerita ini pasal training netball sempena Mini Olimpik KKHS 2010. Nama sangat gempak, menyebabkan saya rasa macam nak wakil negara pun ada. Oleh kerana terlalu gempak, kami telah merancang practice dengan gigih dan intensif selama tidak kurang daripada seminggu (hanya dari pukul 5 hingga 6.30- sbb kekangan kerja dan masalah komuniti futsal yang kurang memberi kerjasama..kami nak lawan olimpik tahu tak!). Dengan berbekalkan coach terbaik yang diberi nama Cik Qist dan Cik Ija, kami merangka strategi paling berkesan demi menjulang nama kolej di mata dunia..eh, di mata jabatan kolej komuniti je sudaaaa..


Pada hari pertama, saya dan rakan2 seperjuangan (Cik Ana n Cik Atie) telah memastikan segala kelengkapan training telah disediakan. Ini bagi memastikan training peringkat olimpik ini berjalan dengan jayanya. Professional itu harus. Kami tak mahu kejayaan itu terhalang hanya disebabkan kekurangan infrastruktur.

Announcement dah buat, bola dah ambil dan make sure semua mantap dan berangin, court dah book(dalam hati), bib dah ambik n make sure takde yang koyak...pendek kata segalanya ada disini bagi memajukan sukan untuk negara. Lagipun panjang pulak kata, tiada lagi alasan untuk tidak berjaya.

So, tepat jam 5 saya pun punch out kerja and gi solat. Tukar baju kerja segala and pecut slaju yang mungkin dengan kuasa kuda 660cc ke tempat training yang diannouncekan pada para player2. Saya pun tunggu di court tersebut dengan gembiranya...

Dan tunggu lagi....5:55PM



Dan tungguuuuuuu...6:15PM

Dan akhirnya Cik Atie decide untuk bermain bola jaring versi futsal..




TERRRRBAEKKKKK!!!

p/s:thanx to Cik Su, sebab acap kali memberi motivasi setiap kali kami tiba ke dewan tun razak dengan muka penuh khampaan dan kekecewaan

p/s/s: mini olimpik tu sukan untuk student2 ye..bukan untuk pensyarah pon.sekian.