Saturday, November 5, 2011

No Bake Oreo Cheese Cake

So, 2/11/11 haritu was the No Bake Oreo Cheese Cake class. Sekali dengan Ayam Kicap Berkismis taught by Kak Zila. Kind of a weird combination i must say. Tapi saya hanya boleh salahkan diri sendiri sebab saya yang susun jadual kursus tu. Heheh.

Resepi, as usual saya akan serach di internet and modify sampai menjadi ikut kesesuaian iklim dan topografi di Sabak Bernam ni. Apakah kaitan antara topografi dan dessert yang super duper osem ni? That's for me to know and for you to find out ;p

Okie, end of mengarotness. Here goes...

Bahan:

a) Biskut Oreo (2 paket – 274g)

b) Butter (1/3 buku - 80g)

c) Philadelphia Cream Cheese (2 paket – 500g)

d) Gula Kastor (1/2 cawan)

e) Esen Vanilla (1 sudu teh)

f) Whipping Cream (1 kotak kecil – 250ml)

g) Gelatin Halal (3 sudu teh)

h) Air panas (1/2 cawan – untuk melarutkan gelatin)


*ni gambo antara bahan-bahan yang sudi hadir pada hari itu..*

Kaedah :

1) Kisar 205g (1 setengah paket) biskut Oreo sehingga halus. Gaulkan bersama butter sehingga sebati.

2) Alas bekas kek dengan aluminium foil bagi memudahkan proses mengangkat kek yang telah siap nanti. Tekan adunan Oreo+butter tadi pada dasar bekas untuk dijadikan tapak kek.

3) Sejukkan sekurang-kurangnya 30 minit dalam peti sejuk.

4) Pukul Cream Cheese, Gula Kastor dan Esen Vanilla sehingga sebati.

5) Masukkan Whipping Cream dan pukul hingga kembang.

6) Larutkan serbuk gelatin dalam air panas dan masukkan kedalam adunan. Kacau rata.

7) Pecahkan baki biskut oreo menjadi kepingan kecil dan masukkan dalam adunan.

8) Ratakan diatas tapak kek tadi dan sejukkan selama 3 jam

InsyaAllah jadilah lebih kurang macam di bawah ini..Amin.

*dah telan 3/4 baru teringat nak ambil gambar T_T*

Sekian Selamat Mencuba. Kita bertemu lagi di sesi memasak bersama Chef Dilla di hari dan waktu yang sama. Okay, boleh roll your eyes sekarang..heheh.



Friday, November 4, 2011

Lama tak menulis

Lama tak menulis.

Sebab menulis memerlukan masa dan juga idea.

Idea sungguh banyak, mencurah-curah ibarat air yang terjun dari Niagara Falls (budget pernah pergi, padahal hanya sekadar angan-angan mat jenin). Tapi seperti terjunan air-air tu dari Niagara Falls, idea-idea saya juga turut menemui masa depan yang tidak pasti.

Masalah yang paling ketara, would be MASA.. Banyak aktiviti kat kolej, asal ada weekend senggang would jet off to hometown. Banyak juga sebenarnya masa digunakan untuk mengarang blog, tapi dalam kepala saja sambil drive ke hulu kehilir dari point A ke point B selama lebih kurang 2jam ++. Kerana itu saya sungguh attached dengan Pinky Baby saya. Sebab saya dan dia banyak MASA bersama.

Malam ini bakal bersama Pinky Baby untuk mengharungi parit getir longkang terusan untuk pulang ke kampung halaman ummiku syg comel dan manja yang terletak kira2 5jam perjalanan dari rumah manis rumah. Tak sabar nak makan jam pelbagai perisa.

Anyways, banyak benda interesting nak post. Contohnya, No Bake Oreo Cheesecake. But those will have to wait..Selamat Menyambut Aidiladha and Selamat Berkorban dengan jayanya. Amin.