Sunday, September 23, 2012

MENTEGA KACANG HOME MADE

Assalamu'alaikum!
 
Tajuk awal-awal lagi sudah misleading. hehe. Why? Sebab saya tak pernah pun buat mentega kacang dirumah. Saya cuba-try-test di lab sahaja adalah. So, sue me..;p

Buat mentega kacang ni amatlah simple, tetapi agak time cosuming. But patience is virtue, dan sekiranya ada suka keenakan pure unaltered kacang yang mouth watering. Buatlah mentega kacang sendiri. Bau je pun dah tangkap leleh. Serious sedap. *berkata-kata dengan wajah serious*

Penghasilan mentega kacang ni saya ajar time short course penghasilan tiramisu dan mentega kacang. Owh, tiramisu sangat heavenly. Tapi bukan saya yang ajar..harusla expert bakeri-sifu a.k.a Kak Raihan yang ajar.. Nak resepi? Marilah join kursus pendek Kolej2 Komuniti seluruh Malaysia dengan yuran serendah RM 5 pun adoooo - sempat lagi promote.hee~

Boleh apply kursus kat sini ye :)

say hye to miss tiramisu! ;DD

Okie lah, enough babbling. Here goes my humble peanut butter recipe. Take note, pesanan-pesanan penaja di caption gambar ya! =))


Bahan-bahan :

1.    Kacang tanah – 250g (2 cawan)
2.    Garam – 1.3 g (1 sudu kecil) atau secukup rasa
3.    Minyak masak – 12.5 g (2 sudu besar)
4.    Gula – 20g ( 2 sudu besar)

Peralatan :

a)    Mesin Pengisar /Blender
b)    Kuali
c)     Senduk
d)    Bekas/Besen plastic
e)    Penimbang

Kaedah :

1.    Kacang tanah dibasuh dan dibersihkan
2.    Kacang digoreng tanpa minyak selama 20 minit (sehingga rangup/garing) a.k.a sangai. Alternatif, adalah menggunakan ketuhar, bakar selama lebih kurang 20minit pada suhu 180 darjah celcius.
3.    Sejukkan kacang dan asingkan kulit nipis.
4.    Kisar kacang tanah di dalam mesin pengisar (food processor atau blender kering).
5.    Masukkan garam, minyak masak dan gula dan kisar sehingga tekstur menjadi halus.
6.    Masukkan kedalam bekas tertutup untuk disimpan. Untuk tahan lebih lama simpan dalam peti sejuk.

* sangai kacang hingga rangup ye(hangus sikit pun tak apa.hee) i learned the hard way yang kacang tu tak akan hancur sampai bila2 if tak cukup masak..huhu*

*mula-mula kisar akan dapat tekstur macam pasir tepi pantai*
* berkat kesabaran yang jitu inilah hasilnya - cik mentega kacang slekeh-tapi-sedap *
*aha!mulut sampai herot berot membebel..huduh!hehe*

 Sekian adanya...yang baik itu dari Allah, yang kurang itu dari saya =)

Last but not least, Tq Ana!!!

sebab banyak tolong saya dari segi emosi and fizikal masa kelas yang sungguh mendebarkan ini!!!;DDD
Bye. Till we meet again di resepi - resepi akan datang. Wassalam.

*pictures credit to en.razif*



Monday, September 10, 2012

LOUD SILENCE..

Loud silence ni sejenis oxymoron dalam berbahasa.

Seolah jika anda menjerit sampai nak tercabut anak tekak pun tiada siapa yang dengar...

Tapi, jangan lupa ya..Allah itu ada. Ku tahu ku adamu Tuhan~ =)

p/s: dalam sibuk urus program full to the brim, masih perlu ajar 'kanak-kanak' buat peanut butter homemade esok. ya Allah, tq for making me busy enough to forget yang saya sedang jauh ketinggalan berbanding rakan-rakan.