Tuesday, February 11, 2014

RESEPI UDANG BUTTER BERSAMA EGG FLOSS

Oh hiatus blog yang sungguh lama. I am addicted to a whirlwind life sometimes. Enough talk lets cut to the chase la ye.

Okie, butter prawn mudah sangat nak buat. Yang specialnya is the lovely egg floss. For one thing, masa first time mencuba make sure semua barang dah tersedia and tak ada pinggan mangkuk bersepah-sepah sebab takut time berlari2 nak tuang egg floss dalam kuali terlanggar kemudian berlaku pertumpahan. Wah, ayat 4 baris in one breathe ;p

Bagi hangpa telioq tengok duluu...
okie. lapar balik.


Anyhow, masa ajar kat kelas haritu rasanya peserta lagi hebat buat egg floss tu dari saya. akakaka. Malu ai olls. Tapi at least dapat la bahan-bahan free tajaan kerajaan kot ye dok? But let it be a lesson saya perlu lebih banyak belajar untuk tidak menghampakan orang datang shortcourse. Doakan la ya? ;)
So, here goes. As usual credit goes to resepi2 kat interenet yang saya modify ikut saya dah eksperimen.

BAHAN 
800gm udang
4 biji telur
10 biji cili padi (dicincang)
4 ulas bawang putih (dicincang) 
2 tangkai daun kari
½ tin susu cair (evaporated milk)
Garam
Lada sulah
Butter (100g)
Minyak masak

CARANYA

1. Udang dibersihkan. Diperap dengan garam dan lada sulah dan diketepikan.

2. Pukul telur dan sediakan di dalam bekas yang mudah dituang. Boleh juga gunakan acuan roti jala untuk lebih mudah.

3. Panaskan 1 cawan minyak masak dan 1 sudu butter dalam kuali. Apabila panas, ambil senduk dan dikacau minyak tersebut ikut pusingan jam tanpa henti.

4. Kemudian dengan berhati-hati, tuang telur ke dalam minyak panas tadi dan terus dikacau dalam arah pusingan jam tanpa  henti. Guna api sederhana. Apabila floss jadi golden, tapis keatas kitchen towels (tisu dapur). Ketepikan.

5. Panaskan semula minyak tadi. Tambah dua sudu lagi butter ke dalam minyak tadi dan goreng 
udang. Udang hanya perlu digoreng separuh masak. Toskan udang yang sudah digoreng tadi dan ketepikan.

6. Tumis bawang putih, cili padi dan daun kari sehingga naik bau. Kemudian masukkan ½ tin susu cair. Biarkan ia mendidih sedikit, kemudian masukkan udang. Gaul rata.
7. Tambah garam secukup rasa tetapi perlu ingat yang udang tadi sudah diperap dengan garam.
8. Gaul sehingga udang masak dan sos sekata.

9. Hidang dalam pinggan dan taburkan floss telur yang dihasilan tadi. Sedap dimakan panas.

Letak gambar cikgu kecik sikit sebab malu..haha
Cooking the butter sauce.

Cikgu! Tolong rasa, okay takk..err..saya bedal je kot asal butter and egg floss sedap oi!
Selamat Mencuba. OKBAI!

p/s : credit gambar ohsem as usual by Encik Razif

Siapa Kata

Siapa kata...
Aku tegar
Berlakon seolah aku tak punya rasa
Seolah bila kataku tidak dibalas
Aku tak apa..

Siapa kata..
Aku selamba
Bila aku cuba
Untuk menghargai
Dan kau pandang sepi
Seolah selamanya aku akan disini..

Siapa kata..
Aku biasa
Bila kau perlekeh
Bila kau persenda
Saat aku emosi
Seolah aku tak punya hati

Siapa kata..
Aku tak mahu..
Tunjuk Kita pada satu dunia..

Siapa kata..
Tapi aku cuba
Untuk senyum
Untuk teruskan
Sebab aku tahu bukan mudah terima aku seadanya
Dengan segala kekurangan
Dengan segala cacat cela sumbing binasa

Eh, siapa kata???


-perempuannakgiladahnirasanyashehastoresorttowritinginherblog- :)